Pekerja kebun maut rempuh belakang lori

Keadaan motosikal milik mangsa yang remuk akibat kemalangan tersebut. Foto: Ihsan PDRM
Keadaan motosikal milik mangsa yang remuk akibat kemalangan tersebut. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

RAUB - Seorang pekerja kebun maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh belakang lori di Kilometer (KM) Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, di hadapan Pusat Pertanian Raub, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, Muhammad Saufi Jamaluddin,27, dari Kampung Gali Lurus di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Raub,Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Dong menghala ke Raub.

Menurutnya,mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaaannya dan merempuh bahagian belakang lori berkenaan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Semasa kejadianlori itu disyaki tidak menyedari insiden tersebut dan dipercayai meneruskan perjalanan menghala ke Raub," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kita telah mengambil keterangan saksi bebas di lokasi kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi,motosikal itu dibawa ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan dan memberitahu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!