Ahmad Samsuri tinjau persiapan sebelum drawbridge dibuka

Ahmad Samsuri (dua dari kiri) meninjau persiapan akhir darwbridge sebelum dibuka bagi laluan percubaan bermula 2 Jun.
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) meninjau persiapan akhir darwbridge sebelum dibuka bagi laluan percubaan bermula 2 Jun.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau persiapan akhir sebelum jambatan angkat (drawbridge) dibuka kepada orang ramai bagi tempoh percubaan bermula 2 hingga 17 Jun depan.

Menurutnya, pihaknya akan memaklumkan waktu yang tepat untuk ia dibuka dan beroperasi bagi laluan pengguna kerana masih dalam peringkat rundingan bersama pihak pengurusan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

"Kita akan maklumkan secara terperinci jam berapa ia boleh digunakan pada 2 Jun nanti kerana kini masih lagi dalam proses untuk lihat sekiranya ada kelemahan supaya apabila tiba masanya nanti, situasi di sini terkawal.

"Kita tengok beberapa aspek yang kita perbaiki. Kita akan maklum balik dalam masa sehari dua nanti," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan kerja-kerja akhir di jambatan angkat di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, beliau mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelak kesesakan berlaku di atas jambatan itu.

Orang ramai boleh melalui jambatan angkat bermula 2 hingga 17 Jun depan.
Orang ramai boleh melalui jambatan angkat bermula 2 hingga 17 Jun depan.

"Sebelum ini kita telah maklumkan kepada pengguna supaya tidak berhenti di tengah jambatan sama ada untuk merakam gambar dan sebagainya.

"Kita ada sediakan kemudahan di mana kenderaan boleh diletakkan di kawasan parkir yang disediakan dan berjalan ke atas jambatan melalui laluan yang disediakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pembukaan jambatan ikonik Terengganu bagi tempoh percubaan selama 16 hari memberi peluang kepada orang ramai memanfaatkan kemudahan itu pada perayaan Aidilfitri nanti.

Jambatan angkat melibatkan kos RM248 juta itu adalah komponen Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang menjadi salah satu mercu tanda Terengganu serta menjadi produk pelancongan terbaharu negeri ini.

Jambatan ikonik pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!