WCE dijangka buka Jumaat ini

AZIZ ABDULLAH
AZIZ ABDULLAH
A
A
A

SUBANG JAYA - Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dijangka akan dibuka pada Jumaat ini melibatkan laluan sepanjang 19km dari Hutan Melintang ke Teluk Intan.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Sr Aziz Abdullah berkata, satu lawatan akan diadakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya dan pengumuman rasmi akan dilakukan selepas ini.

"Insya-ALLAH satu lawatan dan pengumuman rasmi akan disampaikan oleh timbalan menteri, apa-apa pun insya-ALLAH dijangka sebelum Aidilfitri laluan tersebut akan dibuka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas Majlis Jalinan Mesra dan Iftar Ramadan Litrak dan Sprint bersama Pusat Jagaan Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara di Kompleks Operasi Litrak di sini.

Dalam masa sama beliau menegaskan mengenai pentingnya pemanduan berhemah ketika di lebuh raya.

"Pandulah dengan berhati-hati, jangan terlalu turutkan perasaan, bawa kenderaan dan fikirkan insan dan individu yang kita bawa.

"Pandulah kenderaan dengan penuh berhemah, patuhilah undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Jajaran Lebuhraya WCE merentasi Selangor dan Perak sepanjang 233km dengan di Selangor bermula dari Jalan Banting - KLIA (B18) hingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang sepanjang 93.8km manakala di Perak bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Plaza Tol Changkat Jering sepanjang 139.2km.

Artikel Berkaitan:

Bagi jajaran Lebuhraya WCE di Perak mempunyai empat seksyen iaitu seksyen 8 (persimpangan Hutan Melintang-Teluk Intan), seksyen 9 (persimpangan Lekir-Changkat Cermin), seksyen 10 (persimpangan Changkat Cermin-Beruas) dan seksyen 11 (persimpangan Beruas-Taiping Selatan).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!