APMM rampas 100 bubu naga haram

Rondaan di lokasi kejadian menemui kira-kira 100 bubu naga di kawasan Pantai Kuala Sanglang.
Rondaan di lokasi kejadian menemui kira-kira 100 bubu naga di kawasan Pantai Kuala Sanglang.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 100 unit bubu kamban atau dikenali bubu naga yang diharamkan untuk menangkap hasil laut dirampas di kawasan Pantai Kuala Sanglang, Jerlun 2.30 pagi tadi.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, alatan yang dianggarkan bernilai RM9,200 itu ditemui ketika rondaan dibuat di kawasan pantai berkenaan.

Menurutnya, rondaan pada jam 2.30 pagi di sekitar kawasan perairan Sanglang telah menemui 100 set berupa peralatan menangkap ikan itu yang masing-masing berukuran lebih kurang 10 meter panjang.

"Peralatan tersebut dipercayai dipasang di beberapa lokasi berbeza sepanjang kawasan berkenaan," katanya.

Menurut beliau, Jabatan Perikanan Kuala Kedah telah memaklumkan bahawa pihak mereka tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk peralatan bubu naga di perairan negeri Kedah.

“Penggunaan bubu naga diharamkan kerana boleh menjejaskan sumber perikanan lain, tidak boleh berangkai dan bersambung kerana ia perlu dibuat satu-persatu asalkan mempunyai dua injap seunit," katanya.

Peralatan bubu naga yang tidak dilesenkan Jabatan Perikanan Negeri Kedah. (Kanan: Antara bubu naga yang dirampas APMM.)
Peralatan bubu naga yang tidak dilesenkan Jabatan Perikanan Negeri Kedah. (Kanan: Antara bubu naga yang dirampas APMM.)

Kesemua bubu tersebut kemudiannya dibawa ke Jeti Zon APMM Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 8(a), Seksyen 10 (2) dan Seksyen 29 Akta Perikanan 1985.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sepanjang bulan Mei 2019, sebanyak 200 unit bubu naga telah dirampaskan dengan nilai rampasan dianggarkan RM18,500.00.

Zon APMM Kuala Kedah mengalu-alukan aduan dan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!