Prolintas tawar 10 peratus diskaun tol sempena Aidilfitri

Kadar tol
Kadar tol
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menawarkan pemberian diskaun tol sebanyak 10 peratus di empat lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Rabu ini.

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Prolintas, Ir Rostam Shahrif Tami berkata, pengguna bagi kenderaan kelas satu boleh menikmati diskaun bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam, Rabu depan.

Menurutnya, tawaran itu khusus bagi pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

“Pemberian diskaun ini adalah usaha Prolintas untuk mengurangkan kos perbelanjaan pengguna lebuh raya khususnya yang akan menyambut kedatangan Syawal.

“Dengan diskaun tol ini diharap dapat menambahkan lagi keceriaan sambutan Aidilfitri,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, tawaran diskaun pada musim perayaan adalah sebagai tanda terima kasih dan keprihatinan Prolintas kepada pengguna ssetia.

Tambahnya, lorong tambah nilai di kesemua lebuh raya kendalian Prolintas akan beroperasi seperti biasa iaitu dari jam10 pagi hingga 4 petang dan 8 malam hingga 10 malam setiap hari.

Pusat khidmat pelanggan pula dibuka dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

Artikel Berkaitan:

“Pengguna GCE dan LKSA digesa membuat urusan tambah nilai di kiosk layan diri yang ditempatkan di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya tersebut.

“Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @AKLEHtrafik, @GCEtrafik, @LKSAtrafik dan @SILKHighway atau layari laman web kami di www.prolintas.com.my atau Facebook Page di Prolintas Highways,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!