Meninggal dunia ketika tunggu solat Asar

Seorang jemaah membaca surah Yaasin dipangkuan jenazah.
Seorang jemaah membaca surah Yaasin dipangkuan jenazah.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penduduk meninggal dunia ketika menunggu untuk menunaikan solat Asar di Masjid Muhammadi Kota Bharu di sini hari ini.

Mangsa, Mohd Razali Mamat, 50, dikatakan rebah ketika berbual dengan seorang jemaah warga emas di masjid berkenaan kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Saksi, Mohd Azahari Isa, 40, berkata, dia bersama warga emas tersebut cuba membantu mangsa dan berusaha mencari ahli jawatankuasa serta imam masjid.

"Saya ajar dia mengucap dua kalimah syahadah dan pada mulanya saya dapati dia memberi respon yang baik.

"Tidak sampai beberapa minit kemudian, dia meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sementara itu ibunya, Munah Mamat, 65, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas didatangi rakan anaknya.

"Pada mulanya saya tak faham sebab dia datang dalam keadaan tercungap, hanya selepas saya suruh dia bertenang barulah saya tahu anak saya sudah tiada.

"Dia ada beritahu mahu menunaikan solat berjemaah di masjid dan saya tak rasa pelik sebab dia sememangnya suka beriktikaf di sana," katanya.

Artikel Berkaitan:

Munah berkata, dia reda dengan pemergian anak ketiga daripada lima beradik ini kerana meninggal dunia dalam husnul khatimah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!