Kematian Tam seharusnya memberi peringatan

Foto sumber internet
Foto sumber internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kematian spesies terakhir badak sumbu Sumatra jantan di negara ini, Tam seharusnya memberi peringatan tentang perlunya masyarakat segera bertindak untuk melindungi semua spesies terancam di negara ini.

Pengarah Konservasi Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Dr Henry Chan berkata kematian Tam pada Isnin menunjukkan bahawa spesies yang terancam boleh pupus dalam kehidupan kita.

"Kita perlu memastikan spesies lain yang terancam seperti gajah, orang utan, banteng (spesies seladang) dan tenggiling tidak akan mengalami nasib yang sama.

"Kita juga perlu meneroka pendekatan baharu dalam pemuliharaan dan pada masa yang sama menangani ancaman yang dihadapi spesies terancam," katanya kepada Bernama hari ini.

Post mortem yang dijalankan ke atas Tam mendapati haiwan itu mati akibat kegagalan kardiopulmonari. Kematian Tam bermakna, kini hanya tinggal seekor sahaja badak sumbu Sumatra di Malaysia bernama Iman.

Dr Chan berkata walaupun kerajaan melaksanakan pendekatan baharu, usaha pemuliharaan spesies iaitu memberi perlindungan sepenuhya kepada spesies di hutan di negara ini yang menghadapi ancaman, perlu diberi diberi penekanan.

"Kami menggesa kerajaan negeri menyediakan lebih banyak sumber kepada agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah untuk meneruskan usaha mereka," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Shukor Md Nor berkata pengurusan habitat perlu diberi keutamaan dalam usaha memastikan haiwan terutama yang diancam kepupusan dapat diselamatkan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerajaan juga perlu memperbanyakkan aktiviti berkaitan di bawah inisiatif "Central Forest Spine” bertujuan mewujudkan kesinambungan habitat biodiversiti negara di empat kompleks hutan utama di negara ini. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!