Perkeso disaran perluaskan Skim SPS: Kula Segaran

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran (tiga, kiri) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Star Media Group Berhad Datuk Fu Ah Kiow (tengah) sempena program CSR bersama The Star menerusi Newspaper-in-Education (NiE) ketika Majlis Iftar Perkeso 2019 malam ini. Turut sama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar (dua, kiri) dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (kanan). - Foto Bernama
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran (tiga, kiri) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Star Media Group Berhad Datuk Fu Ah Kiow (tengah) sempena program CSR bersama The Star menerusi Newspaper-in-Education (NiE) ketika Majlis Iftar Perkeso 2019 malam ini. Turut sama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar (dua, kiri) dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (kanan). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia menyarankan agar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperluaskan Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) kepada golongan petani, nelayan, penjaja dan penggiat seni.

Menterinya M. Kula Segaran berkata cadangan itu bagi memastikan bukan hanya mereka yang mempunyai majikan mendapat perlindungan sewajarnya jika ditimpa kemalangan atau musibah, tetapi semua golongan pekerja termasuk sektor tidak formal

" Saya sudah beritahu Perkeso untuk berbincang dengan sektor-sektor terbabit dan dapatkan persetujuan mereka. Kami berharap cadangan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.

" Cadangan ini merupakan satu hala tuju yang baik, malah ia juga banyak dilaksanakan di negara maju lain," katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis Iftar Perkeso, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalannya Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Perkeso Zakri Mohd Khir, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang. Terdahulu dalam ucapannya, Kula Segaran berkata mulai Februari 2019 skim itu telah diperluas kepada pemandu teksi, perkhidmatan e-hailing dan pemandu bas termasuk bas sekolah, bas kilang serta bas persiaran.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing yang didapati gagal dan enggan mendaftar dengan Perkeso boleh dikenakan kompaun.

"Perkeso beri masa sehingga hujung Jun, jika pemandu e-hailing dan teksi gagal mendaftar kami keluarkan kompaun, tapi bukan untuk menyusahkan tapi melihat kepada (kepentingan) kebajikan mereka.

"Kompaun antara RM500 dan RM4,000 bergantung kepada kesalahan dan jangka masa ia dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya setakat ini hanya 14,500 pemandu teksi dan pekhidmatan e-hailing di seluruh negara sudah berdaftar dengan Perkeso.

Sebelum ini, pemandu penyedia perkhidmatan e-hailing dan teksi diwajibkan mendaftar serta membuat caruman di SPS mulai November 2018. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!