Arab Saudi berusaha tambah baik pengalaman jemaah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MAKKAH - Arab Saudi terus menyemai nilai-nilai sederhana dalam Islam sambil berusaha membangunkan perkhidmatan berkualiti untuk jemaah bagi memastikan mereka dapat mengerjakan ibadah dengan lancar dan sempurna, kata Imam Besar Masjidil Haram Syeikh Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais.

Abdul Rahman. yang juga Presiden Agung Hal Ehwal Dua Kota Suci berkata 140 inisiatif telah diambil ke arah melancarkan operasi semasa bulan Ramadan di kedua-dua masjid.

Beliau berkata pasukannya bekerja keras untuk membawa idea-idea baharu dan menjauhi kaedah lama operasi seiring dengan perkembangan semasa ke arah mencapai Wawasan 2030 kerajaan itu, katanya semasa ditemu bual oleh Akhbar Okaz.

Menyentuh sesi ke-14 Sidang Kemuncak Islam OIC di Makkah pada 31 Mei, Al-Sudais berkata Penjaga Dua Kota Suci Raja Salman Bin Abdul Aziz berminat menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!