Leka punggah guni putih berisi daun ketum
Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari ketika sedang memunggah sejumlah guni putih di sebuah bangsal kayu di dalam kawasan hutan tersebut.
"Pasukan rondaan yang diketuai oleh Mejar Mohammad Redzuan Jaffar menghampiri bangsal kayu yang mencurigakan sebelum melihat seorang lelaki sedang memunggah guni putih lalu diletakkan di atas motosikal.
"Lelaki berusia 28 tahun itu kemudian ditahan dan pemeriksaan lanjut menemui 10 guni putih serta tiga plastik hitam berisi daun ketum seberat 302kg bernilai lebih RM27,000 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, bangsal itu dipercayai dijadikan transit untuk menyeludup daun ketum yang mendapat permintaan dan harga tinggi di Thailand.
Turut dirampas, sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran Thailand yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2,000.
Semua daun ketum dan motosikal itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!