Bantu bina rumah lima beranak daif

Dari kanan: Hasimi, Suhaimi, Md Isa dan Tamizi di tapak binaan rumah keluarga itu.
Dari kanan: Hasimi, Suhaimi, Md Isa dan Tamizi di tapak binaan rumah keluarga itu.
A
A
A
BALING - Kumpulan motosikal berkuasa tinggi NVOG dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Kupang akan membantu membina rumah bagi lima beranak serba daif, di Kampung Charok Rotan Mas.

Wakil NVOG, Tamizi Nadzir berkata, pihaknya dengan kerjasama PKWR telah mengadakan kunjungan ke rumah sewa keluarga tersebut termasuk melawat tapak binaan rumah.

Menurutnya, bentuk bantuan yang akan disampaikan berupa barang-barang binaan.

"Hasil tinjauan kami keluarga ini memang perlu dibantu.

"Umur ketua keluarga yang dalam kategori warga emas juga masih memelihara dua anak berusia lapan dan 12 tahun dengan salah seorang menghidap sakit jantung dan seorang lagi berusia 30-an pengidap kanser tulang," katanya.

Terdahulu, Tamizi bersama ahli NVOG, Suhaimi Osman dan Pegawai Adun Kupang, Muhamad Nor Hasimi Md Isa menziarahi keluarga tersebut.

Beliau berkata, rumah akan dibina menggunakan konsep bergotong-royong.

"Kita cadang untuk bersama dengan pelatih kolej kemahiran serta komuniti setempat untuk bina rumah keluarga ini," katanya.

Sementara itu, ketua keluarga, Md Isa Hamid, 70, berkata, mereka mahu berpindah ke rumah milik sendiri kerana dapat mengurangkan kos hidup terutamanya bagi bayaran sewa RM150 sebulan.
Artikel Berkaitan:


Orang ramai ingin membantu boleh hubungi PKWR Kupang di talian 04-476 1169 atau Pegawai Adun Kupang, Muhamad Nor Hasimi di talian 019-4447537 atau hubungi Tamizi di talian 019-5970236.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!