KUALA LANGAT - Seorang pekerja buruh binaan warga Indonesia ditahan polis kelmarin dipercayai suspek kes ugutan dan rogol wanita berusia 20 tahun. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, suspek ditahan pada hari yang sama selepas mangsa membuat laporan polis pada Selasa lepas. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis, suspek dan mangsa saling kenal antara satu sama lain. "Siasatan juga mendapati, mangsa telah dirogol berapa kali sejak awal bulan ini. "Dengan penahanan suspek, polis yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kamalariffin berkata, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.