OKU pendengaran turut hayati al-Quran

Siti Ramna - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Siti Ramna - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

GOMBAK - Isi kandungan al-Quran bukan sahaja untuk golongan normal, malah ia turut dihayati oleh golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Atas dasar itu, jurubahasa isyarat, Siti Ramna Kamaruddin, 25, dipertanggungjawabkan untuk menterjemahkan bacaan al-Quran dalam bahasa isyarat di program World #QuranHour hari ini.

Terjemahan itu turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis bagi memudahkan golongan OKU pendengaran menghayati bacaan al-Quran di program ini.

Menurut Siti Ramna, dia mula terlibat sebagai jurubahasa isyarat untuk World #Quran Hour sejak tahun lalu.

"Al-Quran ini mukjizat untuk semua, bukan untuk golongan normal saja tetapi golongan OKU pendengaran juga.

"Sebagai jurubahasa isyarat, saya cuba sedaya upaya memberi peluang kepada OKU pendengaran mencuba memahami konteks program hari ini," katanya.

Menurut beliau, antara cabaran sebagai jurubahasa isyarat ialah untuk memastikan terjemahan ayat al-Quran disampaikan dengan betul.

"Ayat al-Quran ini diturunkan oleh ALLAH SWT, jadi kita tak boleh membuat interpretasi sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kosa kata untuk golongan pekak agak terhad dan ada yang perlu ditunjukkan dengan ekspresi. Jadi itu cabaran kita untuk memastikan mesej sampaikan itu jelas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!