Masa untuk diri sendiri pun tak ada, kata Zizan

Gambar dikongsikan Zizan Razak di laman Instagram miliknya. - Foto:Instagram Zizan Razak
Gambar dikongsikan Zizan Razak di laman Instagram miliknya. - Foto:Instagram Zizan Razak
A
A
A

KESIBUKAN dengan kerjaya seni membuatkan dirinya terus bersendirian, biarpun usianya sudah menginjak 35 tahun.

Itu pengakuan pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak.

Zizan yang memuat naik foto dirinya tertidur di lokasi penggambaran di Instagram (IG) miliknya berkata, gambar itu secara tidak langsung menjawab soalan pelbagai pihak yang masih bertanya bila dia mahu berumah tangga.

“Gambar ini membuatkan saya tersedar, saya tiada masa untuk diri sendiri, apatah lagi untuk berpasangan.

“Untuk mereka yang bertanya, bila nak kahwin, soalan itu mungkin terjawab dengan gambar ini.

“Pada bulan mulia ini, sama-sama kita berdoa demi kebaikan dan masa depan hadapan semua,” tulisnya dalam satu muat naik foto ketika menjalani penggambaran filem Abang Long Fadil 3.

Zizan berkata, foto itu diambil oleh pembantunya dan dia tidak sedar bagaimana boleh melelapkan mata ketika penggambaran sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, dalam entri yang sama, Zizan berkata, penat lelahnya berjuang dan berkarya membuatkan dia terfikir, sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat membocorkan filem tempatan di laman maya.

Tulisnya, perbuatan itu adalah pengkhianatan terhadap penat lelah anak seni yang mengetepikan kepentingan diri menghiburkan masyarakat.

“Mungkin fizikal saya penat, tetapi mental saya tidak pernah mengalah untuk terus berjuang dan berkarya.

“Bermula hari ini, belajar untuk untuk bertanggungjawab dan mempunyai perasaan belas kasihan. Saya sayang anda semua,” katanya.

Gambar dikongsikan Zizan Razak di laman Instagram miliknya. - Foto:Instagram Zizan Razak
Gambar dikongsikan Zizan Razak di laman Instagram miliknya. - Foto:Instagram Zizan Razak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!