60 khatam berjemaah pada World #QuranHour
MACHANG - World #QuranHour yang diadakan di Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran dan Fardhu Ain Iyra disemarakkan dengan khatam al-Quran secara berjemaah oleh 60 pelajarnya di Kampung Bandar, dekat Pulai Chondong di sini hari ini.
Bacaan 30 juzuk al-Quran tersebut melibatkan pelbagai peringkat umur ahlinya termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa dan warga emas.
Pengasasnya, Ahmad Iqbal Nasuha Mahmad Kamel berkata, program yang bermula pada jam 10 pagi tersebut turut dimeriahkan dengan tadabur al-Quran dan tazkirah agama.
Katanya, program kali kedua yang dilaksanakan oleh pusat tersebut bertujuan menyemarakkan budaya membaca al-Quran sekali gus menyokong World #QuranHour.
Tambahnya, pusat pengajian tersebut melibatkan kira-kira 160 ahli di dua lokasi termasuk di Kampung Pangkal Gong dalam usaha menyemarakkan budaya belajar dan membaca al-Quran di kalangan masyarakat tanpa mengira usia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!