Rempuh 12 kenderaan: Pemandu treler negatif dadah
NILAI - Pemandu treler yang terlibat dalam insiden rempuhan 12 kenderaan di Jalan Batang Benar petang semalam didapati negatif dadah berdasarkan ujian saringan air kencing.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu seterusnya dilepaskan dengan jaminan polis sebaik keputusan tersebut diketahui.
"Siasatan berhubung insiden semalam masih diteruskan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Semalam Sinar Harian melaporkan 13 kenderaan bertaburan di atas jalan raya termasuk sebuah lori kontena dan sebuah motosikal selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Batang Benar-Nilai.
ARTIKEL BERKAITAN: Lori kontena rempuh 12 kenderaan
Kejadian lebih kurang jam 5.30 petang bagaimana pun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Manakala berdasarkan siasatan awal, insiden dipercayai berlaku apabila lori kontena muatan air mineral yang bergerak dari arah Pajam ke Nilai apabila sampai dilokasi dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 12 kenderaan lain dari arah bertentangan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!