Penunggang maut tersepit bawah lori
TAWAU - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan motosikalnya dan sebuah lori tangki, di Jalan Apas Batu 3 di sini pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.53 pagi berhubung kemalangan itu yang mana mangsa tersepit di bawah lori itu.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke tempat kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah lori itu.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zahirudin Alip, 21, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!