Pakej beli kereta bersama pemilik tular di Indonesia
JAKARTA - Seorang gadis di Indonesia mula dapat perhatian di Indonesia itu apabila mengiklankan menjual kereta dan juga tuannya sekali melalui Facebook miliknya.
Gadis yang dikenali sebagai Chaecha membuat iklan pada 26 Mei lalu untuk menjual kereta miliknya dengan satu tawaran luar biasa.
Menerusi entri Facebook gadis cantik berusia 25 tahun itu, dia menawarkan kepada sesiapa yang membeli kereta itu dengan dirinya sekali.
“Jualan kereta bersama pemiliknya. Minat boleh 'inbox' 0821.1452.4443,” katanya dalam iklan berkenaan.
Namun iklan itu pula tidak pula meletakkan sebarang harga.
Chaecha turut meletakkan syarat pembeli tidak boleh memilih dan perlu membeli kereta serta dirinya.
Pembeli juga perlulah lelaki bujang berusia 30 hingga 35 tahun dan sedang mencari teman hidup.
Iklan berkenaan menjadi tular di media sosial di Indonesia dan turut mendapat liputan meluas media negara itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Chaecha sudah mendapat pembeli untuk membeli kereta dan juga hatinya.
Menerusi laporan Tribunnews pula, Chaecha atau nama sebenarnya, Eka Maryah berkata kereta tersebut dahulunya dibeli daripada seorang doktor yang telah meninggal dunia pada 2012.
Dia juga mengaku serius dengan iklan tersebut.
"Serius! saya ingin menjual kereta ini dengan diri saya sendiri.
"Harga kereta ini di pasaran sekitar RM33,49.5 (Rp115 juta). Tapi yang ini saya jual harga 'on the road'. Ya sekitar RM75,712.21 (Rp260 juta). Tapi beserta pemandunya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!