Radio medium memudahkan penyebaran dakwah

PU FAIZ
PU FAIZ
A
A
A

DAKWAH tidak semestinya dengan kata-kata atau tulisan, sebaliknya ia adalah apa sahaja yang menyebabkan seseorang itu kembali kepada jalan Tuhan.

Pandangan itu dilontarkan pendakwah Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz tentang pengertian dakwah.

Di dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.

Sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui siapa yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (Surah al-Nahl, ayat 125) Berdasarkan ayat itu, PU Faiz berkata, jelas bahawa dakwah bermaksud menyeru atau mengajak.

"Walaupun seseorang tak bercakap tetapi hanya dengan perbuatan, perbuatan itu sebenarnya lebih nyata dan jelas.

"Seseorang yang berdakwah atau dipanggil dai' mestilah berdakwah seperti mana dilakukan ketua pendakwah kita iaitu Rasulullah SAW sebagaimana disebutkan di dalam Surah al-Ahzab, ayat 46," katanya kepada Sinar Islam.

USTAZ HANAFI
USTAZ HANAFI

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang lagi tokoh agama Ustaz Hanafiah Abd Malek atau Ustaz Hanafi berkata, dakwah melalui corong radio merupakan satu medium yang memudahkan dunia dakwah.

"Radio boleh didengari di dalam kereta, kenderaan, telefon dan sebagainya. Ya, lebih memudahkan. Namun, terpulang kepada kebijaksanaan stesen radio itu untuk selangi (penyampaian) dengan lagu-lagu ataupun kaedah-kaedah tertentu. Kalau boleh, biarlah kaedah itu tidak menyalahi atau bercanggah dengan Islam," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!