PRK Cameron Highlands 26 Januari 2019

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
PUTRAJAYA - PRK Parlimen Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Januari 2019.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon diadakan pada 12 Januari, manakala hari mengundi awal pada 22 Januari.

"Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari, bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam 25 Januari 2019," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat urusan PRK Cameron Highlands, di sini hari ini.

Azhar berkata daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK tersebut adalah sehingga suku ketiga 2018 yang mengandungi 32,009 pemilih berdaftar terdiri daripada 31,750 pengundi biasa, pengundi awal (247), pengundi tidak hadir luar negara (12).

"Bagi PRK ini, SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi," katanya.- Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!