281 makluman pulang ke kampung diterima Polis Johor

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menandatangani plak perasmian bangunan Residensi Kelab Polis IPK Johor di sini hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menandatangani plak perasmian bangunan Residensi Kelab Polis IPK Johor di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menerima pendaftaran 281 individu memaklumkan peninggalan kediaman masing-masing untuk pulang ke kampung, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, daripada jumlah itu, seramai 143 individu mendaftar melalui sistem Volunteer Smart Patrol (VSP), manakala selebihnya mengisi borang maklumat balik kampung.

“Selain itu, terdapat satu pendaftaran yang diterima menerusi talian Hotline Polis Johor.

"Saya berharap orang ramai agar tampil mendaftar bagi membolehkan polis mendapat statistik sebelum rondaan dilakukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan Residensi Kelab Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, rondaan di sesebuah kawasan akan dilakukan mengikut keperluan sesuai dengan tahap keselamatan di setiap kawasan.

“Kekerapan rondaan bergantung kepada laporan yang diterima, disebabkan itulah pendaftaran ini penting untuk polis melihat statistik sesebuah kawasan perumahan yang ditinggalkan penduduk sebelum membuat rondaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!