Lebih 700 hadir sambutan peringkat negeri Perak

Mohamad Nazari (berdiri empat, kanan) bersama Zamri (berdiri lima, kanan) bergambar bersama sebahagian peserta World #QuranHour Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
Mohamad Nazari (berdiri empat, kanan) bersama Zamri (berdiri lima, kanan) bergambar bersama sebahagian peserta World #QuranHour Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Usaha yang dilaksanakan Perbadanan Perpustakaan Awam Perak bersama Rumah Ngaji Perak menganjurkan World #QuranHour peringkat negeri luar dari Ipoh ternyata membuahkan hasil.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Mohamad Nazari Abdul Hamid berkata, sebelum ini World #QuranHour peringkat negeri Perak diadakan di sekitar Ipoh sejak tiga tahun lalu.

"Tetapi tahun ini kami mencari kelainan apabila buat pertama kali World #QuranHour peringkat negeri dianjurkan di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar yang berada luar dari Ipoh dalam menyemarakkan lagi sambutannya.

"Alhamdulillah ternyata ia membuahkan hasil apabila lebih 700 orang yang hadir seawal jam 9 pagi bagi bersama-sama menjayakan World #QuranHour peringkat negeri di Daerah Kuala Kangsar," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis berkenaan, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin serta ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Menurut Mohamad Nazari, pihaknya merancang untuk mengadakan sambutan World #QuranHour peringkat negeri di daerah-daerah yang ada dalam negeri ini bagi mendekati masyarakat serta mempromosikan program ini.

"Sebenarnya kita tak jangka sampai lebih 700 orang yang datang kerana JAIPk telah mengeluarkan arahan agar World #QuranHour diadakan di semya 623 masjid dalam negeri ini.

"Ini merupakan petanda baik yang mana ada yang datang dari Ipoh semata-mata untuk bersama-sama pada sambutan peringkat negeri di Kuala Kangsar kali ini dan jika begini sambutannya tahun hadapan kita akan buat di daerah lain pula," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penyelaras Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina@Lily Noor Shah berkata, pihaknya juga tidak menyangka menerima sambutan luar biasa memandangkan program berkenaan dianjurkan serentak di semua masjid dalam negeri ini.

"Mereka yang hadir ini melebihi 200 peratus daripada sasaran dan jangkaan kami selain kehadiran muslimim turut ramai berbanding sebelum ini yang banyak dihadiri kaum muslimat.

"Apa yang mengembirakan saya adalah ada yang datang dari luar Kuala Kangsar untuk bersama-sama menjayakan World #QuranHour peringkat negeri Perak selepas melihat iklannya di laman sosial," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!