Hacker nak cari duit raya: Instagram Johan digodam
PELAKON, Johan As’ari, 32, memberitahu bahawa Instagram lamanya telah digodam oleh pelaku tidak bertangunggjawab.
Menurut pelakon itu, dia menyedari kehilangan IG tersebut kira-kira seminggu lalu.
“Hacker nak cari duit raya lebih, bila terdesak jadi terpaksa. Saya tak pernah log out IG dan selalu tukar password. Nampaknya gagal juga.
“Follower saya baru 200,000 orang, jadi dikesempatan ini saya nak berterima kasih kepada pembaca sebab sudi mengikuti perkembangan karier seni saya di Instagram.
“Mohon maaf juga sebab IG lama sudah hilang dan terpaksa buat akaun yang baharu demi peminat-peminat yang amat saya sayangi. Akaun instagram baharu @johanarrif_asari,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!