Yamani angkat sumpah Ahli Parlimen 7 Januari

Yamani Hafez Musa
Yamani Hafez Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dijadualkan mengangkat sumpah pada 7 Januari ini.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia selaras dengan Perkara 59 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Upacara tersebut akan diadakan pada jam 10 pagi di Kamar Khas Dewan Rakyat dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.

Ketika ini, hanya Yamani satu-satunya Ahli Parlimen yang masih belum mengangkat sumpah dan kegagalan berbuat demikian sebelum 15 Januari akan membuatkannya hilang kelayakan tersebut.

Pada 16 Julai lalu, seramai 220 daripada 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah kecuali Yamani dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Muhyiddin mendapat pengecualian ketika itu kerana bercuti sakit selama sebulan dan hanya mengangkat sumpah pada 14 Ogos lalu.

Manakala, Yamani yang juga anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dikatakan berada di luar negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!