Kegilaan terkini 'Get that money challenge'
BOLEH dikatakan hampir setiap bulan muncul cabaran baharu yang menjadi tular di laman media sosial.
Namun, kegilaan terbaharu di laman Twitter ternyata 'menyakitkan'.
Dikenali sebagai 'Get that money challenge', cabaran tersebut mengkehendaki kanak-kanak 'menangkap' kad kredit yang dijatuhkan di pintu dengan hanya menggunakan dahi.
Sekiranya berjaya mendapatkan kad kredit tersebut, mereka dibenarkan membeli apa sahaja dengannya.
Sebaliknya jika gagal, mereka sekadar mendapat benjolan di dahi.
Tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan cabaran tersebut, namun ia mula menjadi ikutan ramai.
Salah satu video cabaran 'Get that money challenge' menunjukkan seorang budak lelaki cuba 'menangkap' kad kredit namun gagal, ia menjadi popular atas talian dan telah mendapat lebih 135,000 tanda suka. - Mirror.co.uk
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!