KBG singgah sahur di Rumah Bakti Kedai Buluh

Ahli KBG bergambar bersama penghuni Rumah Bakti Kedai Buluh di Kota Bharu.
Ahli KBG bergambar bersama penghuni Rumah Bakti Kedai Buluh di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelab Belia Gunong (KBG) mengunjungi Rumah Bakti Kedai Buluh sempena Program Singgah Sahur Jendela Ramadhan Kareem 1440H di sini, semalam.

Pengerusi KBG, Ahmad Faris Yusof berkata, program di bawah Biro Keagamaan dan Kerohanian KBG itu diadakan dengan kerjasama Biro Belia dan Sukan Pusat Internet Gunong serta Briged Negaraku dan beberapa individu lain.

"Kami hadir kali ini untuk menyampaikan sedikit sumbangan raya kepada sembilan adik-adik penghuni Rumah Bakti Kedai Buluh mewakili penyumbang yang membantu menjayakan program ini.

"Terima kasih kepada semua penyumbang yang tidak putus memberi sokongan penuh untuk program tahunan kami ini. Terima Kasih juga kepada adik- adik yang sudi bangun bersahur serta pihak pengurusan yang sudi menerima kunjungan kami," katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama, Exco KBG, Muhamad Afif Azli Azman dan Dr Muhammad Rashdan Roslan; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badak, Zaharin Azhar serta sukarelawan KBG.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!