TMJ, Tunku Temenggong berbuka puasa di Masjid Al-Hikmah Muar
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di Masjid Al-Hikmah, Parit Kadhi Muar, malam tadi.
Pada majlis berkenaan, Tunku Temenggong Johor turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan golongan yang kurang bernasib baik.
Sumbangan berkenaan sebagai persiapan para penerima meraikan Aidilfitri akan datang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!