Tular video lelaki halang tugas penguatkuasa

Rakaman video yang tular di laman sosial memaparkan tindakan lelaki terbabit cuba menghalang anggota penguatkuasa menunda keretanya.l
Rakaman video yang tular di laman sosial memaparkan tindakan lelaki terbabit cuba menghalang anggota penguatkuasa menunda keretanya.l
A
A
A

PETALING JAYA - Satu klip video berdurasi 50 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang ingin menunda kenderaannya.

Menerusi video berkenaan, lelaki itu dilihat cuba menghalang anggota MBPJ terbabit daripada menunda kenderaannya berikutan tidak diparkir dalam petak yang disediakan.

Malah, lelaki berkenaan juga dilihat ingin membayar bayaran kompaun atas kesalahan itu secara terus kepada anggota berkenaan namun tidak dilayan oleh pihak terbabit.

Sedikit pergelutan turut berlaku apabila dia cuba menarik anggota terlibat bagi menghalang mereka menunda kenderaannya.

Perkongsian menerusi laman Twitter Yenkee itu mendapat 88 ulang kicau (retweet) dan 186 tanda suka sejak dimuat naik semalam.

Menurut seorang pengguna Twitter, @CzarFera berkata, dia amat kagum dengan sikap penguatkuasa terbabit yang menjalankan tugas dengan sebaiknya.

"Kagum dengan keberanian anggota ini. Jangan takut gunakan kuasa yang diamanahkan. Salah tetap salah, sekarang makin ramai menjadi-jadi dengan sikap kurang ajar," katanya.

Selain itu, @balckmer101 berkata lelaki terbabit tidak sewajarnya mempertikaikan dan mengganggu tugas anggota berkenaan memandangkan dia tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Dah buat salah, ikut lah peraturan. Nak selesai, nak bayar, ikut lah arahan penguatkuasa. Selesaikan dekat pejabat dan bukan tepi jalan," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian masih sedang mencuba untuk mendapatkan maklum balas daripada MBPJ berhubung insiden terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!