Pelajar Tingkatan Lima maut, rakan parah

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima maut sementara rakannya parah selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan sebelum melanggar pokok bunga hiasan di Jalan Lahat, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, Sing Liang Yu, 17, beralamat dari Menglembu, maut di tempat kejadian manakala rakannya juga berusia 17 tahun cedera parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki dan membonceng rakannya dalam perjalanan dari arah pekan Ipoh menghala ke Lahat.

“Tiba di tempat kejadian, motosikal berkenaan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok bunga di atas pengadang bahagian kiri jalan.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa jatuh dari motosikalnya dan meninggal dunia di tempat kejadian, rakannya pula dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, motosikal terbabit telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk pemeriksaan Puspakom.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!