Skim harga tekan peniaga?

Muhamad Zikril memantau harga ayam yang disenarai sebagai barang kawalan SHMMP di Pasar Awam Kajang semalam.
Muhamad Zikril memantau harga ayam yang disenarai sebagai barang kawalan SHMMP di Pasar Awam Kajang semalam.
A
A
A

KAJANG - Penentuan harga borong dan runcit sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2019 ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas mengambil kira pandangan semua jabatan terlibat.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, setiap aduan yang diterima seperti dakwaan peniaga terpaksa menanggung kerugian selepas terikat dengan skim itu akan diambil maklum dan disemak kesahihannya sebelum tindakan selanjutnya.

"Sekiranya benar wujud apa yang dikatakan peniaga, maka tindakan lanjut dengan membawa perkara itu ke peringkat kementerian.

"SHMMP ini dilaksanakan di peringkat jabatan terlibat termasuk pemborong dan peruncit. KPDNHEP telah ambil kira keseluruhan aspek sebelum penetapan harga dilakukan," katanya selepas menjalankan pemeriksaan di Pasar Awam Kajang hari ini sempena pelaksanaan SHMMP bermula 21 Mei lalu sehingga 19 Jun depan.

Terdahulu, peniaga mendakwa mereka terpaksa akur dengan harga ditetapkan kementerian meskipun alami kerugian dengan membeli harga lebih mahal dari pemborong.

Muhamad Zikril (dua dsri kanan) menyemak senarai harga kawalan dengan harga asal di salah satu gerai penjaja di Pasar Awam Kajang semalam.
Muhamad Zikril (dua dsri kanan) menyemak senarai harga kawalan dengan harga asal di salah satu gerai penjaja di Pasar Awam Kajang semalam.

Dakwa mereka, pemborong menjual kepada peruncit melebihi penetapan harga SHMMP menyebabkan pemborong memperoleh untung maksimum sementara peniaga menjadi mangsa ditekan.

Artikel Berkaitan:

Jelas Muhamad Zikril, aduan yang diterima itu perlu dilihat secara menyeluruh dan perlu mengenal pasti pemborong terlibat.

"Perlu lihat juga barang itu di ambil dari pemborong mana. Adakala faktor logistik juga antara faktor mempengaruhi penentuan harga. Cuma menerusi SHMMP pemborong dan peruncit perlu mematuhi skim harga maksimum yang ditetapkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 2,602 peruncit dan 41 pemborong telah diperiksa sejak 21 Mei sehingga kelmarin.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kesalahan melibatkan gagal guna tanda harga khas dikesan oleh peruncit. Tindakan di ambil adalah mengeluarkan kompaun dan rampasan masing-masing bernilai RM2, 000 dan RM963.

"Shah Alam mencatatkan kes tertinggi sebanyak lapan kes diikuti Sepang empat kes dan satu kes di Kajang," katanya.

SHMMP bagi Aidilfitri melibatkan 24 barang keperluan termasuk ayam, daging, telur ayam, tomato, kubis, kelapa, cili kering dan lain-lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!