Panik lihat tedung selar masuk dalam rumah

APM menangkap tedung selar yang dianggarkan seberat 30kg di sebuah rumah penduduk di Kampung Jawa semalam.
APM menangkap tedung selar yang dianggarkan seberat 30kg di sebuah rumah penduduk di Kampung Jawa semalam.
A
A
A

BALING - Seorang penduduk terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang lima meter masuk ke rumahnya melalui bumbung di Kampung Jawa malam semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, panik dengan keadaan itu, penduduk berkenaan segera menghubungi pihak APM untuk memohon bantuan.

Menurutnya, ketika pihaknya sampai di rumah berkenaan, penduduk terbabit memberitahu ular itu bersembunyi di bawah katil dalam sebuah bilik di rumahnya.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam dan mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke lokasi.

"Sebaik tiba, operasi menangkap ular itu dilakukan dengan menggunakan alat khas. Ular itu dianggarkan seberat 30kg dan akan dibawa balik ke Pejabat APM Baling untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Baling di talian 044701626 (24 jam) atau 999 untuk mendapatkan bantuan.

"Walaupun dalam bulan Ramadan anggota APM Baling tetap bertugas seperti biasa dan sentiasa bersiap sedia.

"Semua anggota bersiap sedia untuk membantu tanpa mengira masa dan waktu di samping memastikan semua aset menyelamat diselenggara dengan baik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, aspek pengurusan bencana telah dipanjangkan ke peringkat komuniti kampung supaya bantuan yang cepat boleh diberikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!