Kaedah baharu bayaran PTPTN lebih menyeluruh
Beliau berkata kajian mengenai mekanisme baharu itu sedang dalam penelitian pihaknya bagi memastikan kaedah tersebut sesuai untuk semua golongan peminjam.
"Golongan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) sentiasa menjadi keutamaan PTPTN dan ini termasuklah golongan yang agar tegar membayar... kaedah baharu itu akan bersifat menyeluruh.
"Bilangan peminjam tegar adalah sedikit dan kita akan pastikan mereka membayarnya. Bagaimanpun, adalah terlalu awal untuk saya umumkan kaedah itu kerana kita masih melaksanakan kajian terperinci," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'KITA Bantu – Jom Ke Sekolah' di Dewan Serbaguna Taman Tasik Ampang Hilir, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Kami Insan Tanah Air (KITA) Mohd Danial Abdul Rahman.
Pada 7 Disember lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik PTPTN secara Potongan Gaji Berjadual yang dijadualkan bermula Januari depan.
PTPTN memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan formula baharu bayaran balik pinjaman pendidikan.
Sementara itu, mengulas mengenai program tersebut, Wan Saiful berkata ia dianjurkan KITA dengan kerjasama PTPTN bertujuan membantu kanak-kanak golongan asnaf.
"Seramai 200 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menerima sumbangan berbentuk tabung simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM1,000 seorang," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!