Bekas ADUN Kelaboran meninggal dunia di Makkah
TUMPAT - Bekas ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, 52, meninggal dunia jam 2.45 petang waktu Arab Saudi di Hospital King Abdul Aziz, Makkah.
Semalam Allahyarham dilaporkan dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut akibat komplikasi kencing manis.
Allahyarham Mohd Zaki mengerjakan umrah bersama isteri dan empat anak sejak seminggu lalu dan dijangka pulang 2 Syawal ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ADUN Kelaboran kritikal di Makkah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!