Orang seni juga berkebolehan mengaji

Zulkepli (dua dari kiri) menyampaikan hadiah utama kepada Yusdi.
Zulkepli (dua dari kiri) menyampaikan hadiah utama kepada Yusdi.
A
A
A

KOTA BHARU - Pertandingan Tilawah al-Quran yang melibatkan penyertaan pendikir di negeri ini mencipta kelainan daripada kebiasaan untuk menangkis persepsi negatif terhadap orang seni.

Pengerusi Koperasi Kelantan Bhd, Datuk Dr Zulkepli Mohamad berkata, tanggapan bahawa pendikir jauh dari al-Quran tidak lagi relevan kerana orang seni juga berkebolehan mengaji.

Beliau berkata, sambutan tahun ini lebih menggalakkan dengan penyertaan 18 pendikir dari seluruh Kelantan.

“Pendikir bukan sahaja boleh berdikir tetapi mereka juga mempunya ruang untuk beribadat dekati ALLAH S.W.T. Dalam pertandingan ini juga kita ada penyertaan pendikir OKU iaitu Rozi Kemang Berduri dan Mat Jen Keseng.

“Dalam program ini kami juga mendapat kerjasama kerajaan negeri dan selepas ini kita akan buat kelas khas untuk pendikir belajar tajwid dan taranum sebagai persiapan masuk pertandingan tahun depan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Dalam majlis itu juga Yayasan Amal Datuk Zul Wisma telah menyampaikan zakat RM32,950 untuk 100 keluarga asnaf seluruh Kelantan dan setiap keluarga menerima zakat bergantung kepada tanggungan masing-masing.

Sementara itu, pemenang pertandingan itu Yusdi Che Soh, 42, dari Kumpulan Seri Bongsu Kebun Sultan berkata, ini adalah kali keempat dia memenangi pertandingan berkenaan.

Katanya, dia mengikuti kelas taranum di kediaman Zulkepli setiap minggu dan dibantu adiknya untuk memperbetulkan bacaan.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah kali ini pun rezeki saya lagi namun ia adalah kejayaan semua peserta yang menunjukkan semangat untuk menyertai pertandingan ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Zulkepli yang menganjurkan pertandingan ini untuk pendikir seperti kami.

"Pengurus pasukan kami, Bilal Mohamad juga ada masuk pertandingan ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!