Raih dua emas, satu perak AUG 2018
Lebih membanggakan, sasaran emas berjaya dicapai pasukan wanita negara selepas menewaskan Indonesia yang sebelum ini memegang rekod gergasi catur Indonesia.
Meskipun meraih pingat perak, namun pasukan lelaki negara berjaya memberikan saingan sengit dengan perbezaan 0.5 mata ketika berdepan Thailand dan Myanmar.
Jurulatihnya, Ezmi Mahmood atau lebih dikenali Herosifuchess menjelaskan, kejayaan pasukan ini adalah di luar jangkaan apabila menewaskan Indonesia.
“Kunci kejayaan ini adalah ‘chess family’ yang menerapkan suasana ceria tetapi fokus kerana saya tidak pernah memberi tekanan kepada pemain bagi pasukan ini.
“Meskipun sebelum ini banyak anasir luar yang mempertikaikan kewibawaan saya sebagai jurulatih, tapi saya tak hiraukan kerana fokus kepada pasukan dan tujuan kami ke Myanmar,” katanya.
Katanya, kerjasaman pemain juga cukup baik dan pendekatan kekeluargaan yang dibawa ternyata memberi peluang kepada pemain untuk berkongsi masalah dan kongsi pengalaman.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!