‘Jika Ainul Mardhiah boleh bercakap’

Hantaran terkini di Facebook Ahmad Saifuddin mengenai adik Ainul.
Hantaran terkini di Facebook Ahmad Saifuddin mengenai adik Ainul.
A
A
A

LONDON - ‘Jika diizinkan-NYA Ainul boleh bercakap ketika ini, pasti Ainul akan berbisik pada kami, “Mama walid, jangan risaukan Ainul, Ainul dah biasa. Ainul kan kuat!",” kata bapa Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut 'Germ Cell Tumor', Ahmad Safiuddin Ahmad Razak.

Ahmad Safiuddin berkata, adik Ainul yang berusia lapan bulan itu telah melalui banyak cabaran sejak dilahirkan.

“Ainul telah melalui banyak cabaran sejak dia lahir. Pembedahan kecil, besar, kimoterapi, cucuk sana, cucuk sini, entah sudah berapa banyak parut di tubuh badan anak yang bertuah ini.

“Mujur Ainul belum reti bercakap. Jika diizin-NYA Ainul boleh bercakap ketika ini, pasti Ainul akan berbisik kepada kami; " Mama walid, jangan risaukan Ainul, Ainul dah biasa. Ainul kan kuat!”, katanya yang berkongsi hantaran itu di laman sosial Facebooknya hari ini.

Hantaran tersebut disertakan dengan gambar isterinya sedang membelai Ainul dan genggaman tangan adik Ainul di jari Ahmad Safiuddin, yang pastinya gambar tersebut mempunyai makna tersendiri.

Kini adik Ainul ditempatkan di sebuah hospital di London bagi menerima rawatan dan akan melalui pembedahan.

Hampir seminggu di sana, Ahmad Safiuddin berkata, Ainul dalam keadaan baik.

Beliau juga semalam ada berkongsi di Facebooknya mengenai kesakitan yang dilalui anaknya Ainul telah lama diangkat ke langit oleh ALLAH.

Artikel Berkaitan:

“Yang ALLAH nak uji sebenarnya adalah ibu bapa Ainul dan orang sekelilingnya. Mana mungkin Tuhan yang memegang Zat kasih dan sayang menyakiti hamba-hambaNYA yang tidak tahu apa-apa.

“ALLAH boleh pilih sesiapa sahaja untuk terima ujian ini, dan ALLAH telah pun memilih Ainul dan kami untuk terima ujian ini. Sebab apa? Sebab ALLAH tahu, Ainul dan kami mampu. Selari dengan kemampuan dan daya kami,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih Malaysia doakan Ainul Mardhiah'

Namun Ahmad Safiuddin berkata, dirinya juga tidak lari daripada merasa lemah.

“Tipu lah kalau tak pernah down. Kadang-kadang cemburu tengok orang lain. Tengok bayi seusia Ainul boleh makan minum dengan normal, ada yang dah belajar nak berjalan dah pun.

“Selalu letak dalam fikiran bahawa ALLAH nak bagi benda lain kepada kami. Tahukah kalian, hari ini ALLAH yang maha baik itu masih berikan kami peluang menjaga dan berbakti kepada Ainul? Dan, itu adalah nikmat paling terbesar kami sebagai ibu bapa yang muda dan baru memiliki anak pertama,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!