'Bila beri cadangan dikatanya saya bingai'
Pautan itu dibuat oleh Lokman susulan cadangan beliau yang mencadangkan bekas Perdana Menteri sebagai ketua pembangkang sementara Presiden Umno bercuti, dikritik oleh Khairy.
"Bila saya kata begitu KJ kata saya bingai. Kalau anda ada undi, siapa anda akan pilih sebagai ketua pembangkang sementara? Sila undi disini Najib atau KJ? di https://www.facebook.com/100001028064597/posts/2202021859842061/," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairy sebelum itu menyindir Lokman berhubung cadangannya yang mengusulkan nama Najib sebagai Presiden Umno sementara selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur dan melepaskan tekanan kepada Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hassan.
Kata Lokman selepas Ahmad Zahid berundur daripada tugas sebagai presiden sementara, tokoh yang layak mengisi tempat itu ialah Najib Razak.
"Dalam situasi kritikal begini, Umno perlu khidmat seorang pemimpin yang berpengalaman dan dihormati oleh anggota-anggota parlimen BN yang masih belum melompat
"Atas dasar itu, selaku anggota Majlis Tertinggi Umno saya mencadangkan agar presiden Umno melantik Najib Razak sebagai ketua umum Umno dan ketua pembangkang, sementara presiden Umno bercuti," kata Lokman dalam satu kenyataan semalam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!