Suami isteri edar dadah ditahan

Antara dadah yang ditemui.
Antara dadah yang ditemui.
A
A
A

SEREMBAN - Polis berjaya menahan dua pasangan suami isteri dipercayai terlibat aktiviti pengedaran dadah jenis syabu dan heroin di sekitar Nilai, Khamis lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Superintendan Phang Jin Lai berkata operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai pada 25 dan 30 Mei.

Katanya dalam operasi pertama pihaknya berjaya memberkas seorang lelaki dan wanita yang menaiki motosikal di rumahnya dekat Taman Bakawali sekitar jam 3 petang.

"Dalam serbuan tersebut suspek lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya di tahan.

"Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai dadah jenis syabu seberat 58gram dengan nilai rampasan RM9,000.

"Ujian urin yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan yang dilakukan di Kota Seriemas Golf And Country Club, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi di tempat letak kereta pada jam 3 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan dalam kenderaan tersebut, menjumpai dadah jenis heroin dengan berat anggaran 195gram.

Artikel Berkaitan:

"Hasil penahanan itu, siasatan diteruskan di rumah suspek di di Setia Ecohill Semenyih dan menahan isteri suspek yang ketika itu berada di dalam rumah.

"Dalam pemeriksaan itu polis menjumpai dadah jenis heroin seberat 197gram, dengan itu menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dadah jenis heroin itu sebanyak 392gram dengan nilai anggaran RM16,000," katanya.

Hasil urin kedua-dua suspek adalah negatif dan tiada sebarang rekod lampau.

Tambahnya, kesemua suspek berumur antara 29 hingga 38 tahun itu, kini ditahan selama tujuh hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!