KKMM pertimbang perbanyakan dokumentasi, filem kaum Dayak

Menteri Komunikasi dan Multimedia‪ Gobind Singh Deo‬ dipersembahkan dengan tarian tradisional kaum Bidayuh iaitu 'Belangi' pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mujat, Mongkos dekat Serian hari ini. Foto: Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia‪ Gobind Singh Deo‬ dipersembahkan dengan tarian tradisional kaum Bidayuh iaitu 'Belangi' pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mujat, Mongkos dekat Serian hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

SERIAN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mempertimbangkan untuk menyiarkan lebih banyak filem dan dokumentari tempatan berkaitan budaya dan adat suku Dayak menerusi televisyen serta radio, kata menterinya Gobind Singh Deo.

Sebagai contoh, beliau berkata Kampung Mujat dekat sini merupakan destinasi yang sering dikunjungi pelawat kerana tertarik dengan rumah panjang Bidayuh yang masih mengekalkan unsur tradisional.

"Bukan itu sahaja, kampung ini juga bersejarah kerana menjadi satu daripada tapak pertempuran semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia.

"Selepas ini, saya akan berkunjung ke dua lagi kampung suku kaum Bidayuh," katanya ketika menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mujat, bahagian Serian hari ini.

Rumah panjang itu didiami kira-kira 300 keluarga dan pernah dikunjungi beberapa figura terkenal, antaranya isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Turut hadir Menteri Kerja Raya Baru Bian dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM Ahmad Shakib Shakir.

Sementara itu, Baru, yang sependapat dengan Gobind, berkata kerajaan Persekutuan sentiasa mendukung aspirasi kaum di Sarawak untuk diketengahkan kepada masyarakat umum di seluruh negara.

"Semua tradisi dan adat yang terdapat di rumah panjang di Sarawak perlu dikongsi dan kerajaan Persekutuan sentiasa menyokong usaha itu," katanya yang akan membawa perkara berkenaan ke peringkat atasan.

Terdahulu, Gobind mengadakan 'Ngabang Gawai' (mengunjungi) pejuang kemerdekaan Sarawak merangkap Anggota Parlimen pertama daripada kaum Bidayuh yang paling lama berkhidmat, Datuk Seri Dominic Dagok di Kampung Pinchi dekat sini.

Artikel Berkaitan:

Dagok, 84, yang terharu dengan kehadiran menteri persekutuan pertama yang berkunjung ke rumahnya, menyambut Gobind dengan pelukan erat dan menyatakan beliau amat berbesar hati serta menghargai masa yang diluangkan bersamanya. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!