Kita sahabat sejati selamanya
PERSAHABATAN menduduki tinggi dalam kebudayaan China. Seperti kata pepatah Kongzi dalam karyanya Lun Yu, ‘Kawan-kawan datang dari tempat jauh, tidakkah itu membahagiakan?’
Pada hari ini 45 tahun yang lalu, seorang rakan Malaysia datang dari jauh dan melawat ke China dengan membawa persahabatan yang mesra. Beliau ialah Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein. Semasa lawatan ini, China dan Malaysia secara rasminya menubuhkan hubungan diplomatik dan membuka era baharu bagi pertukaran mesra antara dua tamadun bersejarah.
Dalam tempoh 45 tahun, di bawah usaha bersama para pemimpin dan rakyat kedua-dua negara, hubungan China-Malaysia menghasilkan pencapaian cemerlang yang mana memanfaatkan rakyat kedua-dua negara dengan menonjol.
Pada 45 tahun yang lalu, kerjasama rasmi dan mekanisme pertukaran China-Malaysia baru sahaja bermula. Akan tetapi, sampai sekarang pertukaran persahabatan pelbagai peringkat antara kedua-dua negara semakin berkembang. Para pemimpin China-Malaysia berinteraksi kerap setiap tahun, kedua-dua negara telah mewujudkan mekanisme dialog dan kerjasama berperingkat tinggi dalam pelbagai bidang seperti diplomasi, ekonomi dan perdagangan, pertanian, pertahanan dan keselamatan.
Apa yang harus ditegaskan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengunjungi China selama sembilan kali dalam dua tempoh pelantikannya. Terutamanya pada tahun ini, sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Malaysia, Dr Mahathir menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRI) ke-2 di Beijing dan melukiskan cetak biru yang besar lagi gemilang untuk kerjasama China-Malaysia bersama pemimpin negara China.
Pada 45 tahun yang lalu, jumlah perdagangan dua hala antara China dan Malaysia cuma mencecah AS$159 juta (RM666.6 juta). Sampai tahun 2018, statistik ini telah melompat kepada AS$108.6 bilion (RM455.3 bilion) dengan peningkatan lebih daripada 600 kali ganda. China sudah menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 10 tahun berturut-turut dan sumber pelaburan terbesar Malaysia dalam bidang industri pembuatan selama tiga tahun.
Setakat ini, pembangunan taman perindustrian kembar kedua-dua negara berjalan dengan lancar, projek-projek ECRL dan Bandar Malaysia pun dilancarkan semula.
Kerjasama termasuk Zon Perdagangan Bebas Digital Alibaba Malaysia dan Geely Proton juga sedang giat dijalankan.
Dengan organisasi syarikat China, kira-kira 19,000 pekerja Malaysia telah menerima latihan teknikal dalam beberapa tahun kebelakangan ini, skala latihan ini akan terus diluaskan pada masa akan datang. Pada 45 tahun yang lalu, jumlah individu berinteraksi antara kedua-dua negara kurang daripada 100,000 setahun tetapi statistik ini melebihi 4.2 juta dan terdapat 460 kapal terbang berulang-aling antara kedua-dua negara setiap minggu sekarang. China menjadi negara sumber pelancong terbesar Malaysia di luar ASEAN selama tujuh tahun berturut-turut. Jumlah pelajar pertukaran China-Malaysia mencapai 25,000 orang sampai hujung 2018.
Kesalingpercayaan politik seperti tanah penanaman pokok. Para pemimpin kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam menjaga persahabatan China-Malaysia. Kedua-dua kerajaan sentiasa berteguh pada kesaksamaan, saling penghormatan, kepercayaan dan keikhlasan.
Mungkin kita tidak sependapat terhadap setiap isu, namun kita sentiasa menegaskan untuk menangani perselisihan dengan perundingan supaya persetujuan dan saling kepercayaan dipertingkat.
China dan Malaysia menganjurkan globalisasi ekonomi dan kerjasama terbuka. Malaysia adalah salah satu negara paling awal menyertai dan menyokong inisiatif Belt and Road. Seperti kata Dr Mahathir, dalam perutusan untuk majalah ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Malaysia diterbitkan Persatuan Persahabatan Malaysia-China: “Saya sentiasa mempercayai prinsip ‘memakmurkan jiran’, kemakmuran China akan memakmurkan Malaysia juga.”
Menurut Kajian Pendapat Awam (Public Opinion Polls), Malaysia adalah negara yang mempunyai taraf kesukaan (favorability) tertinggi terhadap China dalam negara Asia beberapa tahun lalu. Dalam pada itu, lebih daripada 6 juta rakyat berbangsa Cina dari Malaysia juga berperanan unik sebagai jambatan persahabatan China-Malaysia. Boleh dikatakan kerjasama antara China-Malaysia adalah kerjaya menang-menang dan rakyat kedua-dua negara adalah penerima manfaat yang terbesar.
Semoga persahabatan dan persaudaran China-Malaysia akan kekal abadi.
* Bai Tian ialah Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!