Seorang maut, dua parah kemalangan di Beaufort

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Membakut-Beaufort, dekat Beaufort, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mangsa Poujan @ Najuh Sulaiman, 56, yang memandu Perodua Kancil disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan akibat tersepit di kenderaan berkenaan.

“Mangsa dikeluarkan daripada kenderaan itu oleh pasukan bomba dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, dua mangsa parah iaitu George Jangki, 53, dan Rantey Jinis, 41, yang menaiki Proton Saga dihantar ke hospital berhampiran oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.28 pagi sebelum seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!