PM Thailand akan dipilih Rabu ini

Prayut dijangka dilantik semula untuk memegang jawatan perdana menteri bagi tempoh lima tahun.
Prayut dijangka dilantik semula untuk memegang jawatan perdana menteri bagi tempoh lima tahun.
A
A
A

BANGKOK - Parlimen Thailand akan bersidang pada Rabu ini untuk melantik perdana menteri yang mungkin akan menyaksikan pelantikan semula pemimpin junta, Prayut Chan-o-cha.

Seramai 500 ahli Dewan Perwakilan 250 anggota Senat yang dipilih junta akan terlibat dalam proses tersebut.

Prayut Chan-o-cha, 65, mungkin akan dilantik semula untuk memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun kerana beliau dijangka memperoleh sokongan daripada kebanyakan senator.

Sebelum ini, parti protentera, Palang Pracharat (PPP) mengumumkan pakatan yang akan membantu mereka memperoleh majoriti untuk memilih perdana menteri.

PPP yang berhasrat untuk melantik Prayut dijangka berdepan pencabar pakatan prodemokrasi dipimpin Parti Pheu Thai yang disokong bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Kelmarin, Parti Chartthaipattana mengesahkan mereka menyertai pakatan dengan PPP yang menambah 10 lagi jumlah kerusi yang berpotensi menyokong pencalonan Prayut untuk jawatan itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!