GPMS Pahang santuni asnaf

Muhammad Fikri Anuar (kanan) bersama meraikan golongan asnaf.
Muhammad Fikri Anuar (kanan) bersama meraikan golongan asnaf.
A
A
A

KUANTAN - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang meneruskan tradisi meraikan asnaf menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan, tahun ini.

Pengerusi GPMS Pahang, Muhammad Fikri Anuar berkata, tahun ini GPMS menyediakan bantuan sebanyak 10 keluarga.

Menurutnya, ia merangkumi tiga Parlimen iaitu Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

"Menerusi sumbangan ini, pihak kami berharap agar sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di wajah mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

"Antara keluarga yang menerima sumbangan tersebut terdiri dari mereka yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, warga tua yang tinggal sebatang kara dan ahli keluarga yang punya masalah kesihatan kronik," katanya.

Sumbangan yang diberikan juga turut disumbangkan oleh Kerajaan Pahang dan Yayasan Pahang berbentuk barang keperluan dapur seperti beras, gula, kuih raya dan barang keperluan menyambut Aidilfitri.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!