Penunggang motosikal maut langgar pintu kereta

Motosikal dinaiki Noraini terbalik akibat pelanggaran.
Motosikal dinaiki Noraini terbalik akibat pelanggaran.
A
A
A

KULIM - Penunggang motosikal maut selepas melanggar pintu kereta yang dibuka seorang pemandu yang cuai, petang semalam.

Kejadian berlaku di tepi jalan Jalan Merbau Pulas - Padang Serai (Depan Balai Polis Sungai Karangan).

Ketua Polis Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 6.20 petang.

Menurutnya, mangsa, Noraini Ahmad,60, beralamat di Kampung Sungai Karangan adalah seorang suri rumah.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu kereta berusia 26 tahun yang berhenti di bahu jalan.

"Pemandu terbabit dengan cuai membuka pintu kereta bahagian pemandu hingga menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal yang datang dari arah belakang," katanya.

Beliau berkata, mangsa telah terjatuh di atas jalan dan telah dilanggar pula oleh sebuah van yang datang dari arah yang sama.

"Mangsa telah di bawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat bawah Seksyen41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan( APJ) 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!