'Alhamdulillah, keadaan Ainul semakin baik'

Bapa Ainul Mardhiah berkongsi status kesihatan bayinya itu di Facebook semalam.
Bapa Ainul Mardhiah berkongsi status kesihatan bayinya itu di Facebook semalam.
A
A
A

LONDON - Tahap kesihatan adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut 'Germ Cell Tumor' dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London semakin hari semakin baik.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, doktor yang merawat anaknya itu memaklumkan perkembangan positif keadaan kesihatan Ainul Mardhiah.

“Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jika Ainul Mardhiah boleh bercakap'

'Terima kasih Malaysia doakan Ainul Mardhiah'

“Sekarang ini doktor nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya,” tulisnya dalam hantaran di laman Facebooknya semalam.

Ahmad Safiuddin juga mengharapkan agar semua mendoakan bayinya itu agar berjaya melepasi ujian seterusnya.

“Doakan supaya Ainul berjaya melepasi ujian seterusnya ya! Insya-ALLAH, ramai yang mendoakan Ainul ketika ini. Ainul pasti berjaya dengan izin-NYA,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ainul Mardhiah bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, berlepas ke United Kingdom malam Jumaat lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!