Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama petang ini

Tinjauan hari ini mendapati, aliran trafik dilihat bergerak lancar dari arah Plaza Tol Gombak menuju ke arah Pantai Timur berikutan ramai pengguna dari arah Kuala Lumpur telah mula bergerak secara berperingkat ke arah Pantai Timur sejak Jumaat lalu sempena cuti Hari Raya. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan terkawal setakat 5.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, aliran trafik menuju ke utara dan selatan masih lancar.

"Trafik bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, manakala dari Sungai Perak menuju ke Terowong Menora berlaku kesesakan, akibat kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas ke dalam longkang di kilometer 259.7 arah utara.

"Bagaimanapun kemalangan tersebut telah selesai dan kenderaan terkawal,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!