Mudik bermula, aliran trafik lancar
JAKARTA - Kira-kira 15 juta penduduk atau separuh populasi di Jakarta dijangka ‘mudik’ atau pulang ke kampung secara beramai-ramai sempena sambutan Aidilfitri pada Rabu ini.
“Waktu perjalanan adalah antara 14 dan 20 jam. Jika trafik sesak, ia akan mengambil masa sehingga lebih 20 jam,” kata pemandu teksi tiga roda, Sugeng Puji yang menuju ke Kebumen di Jawa Tengah.
Bagaimanapun, lalu lintas pada tahun ini dikatakan agak lancar.
“Tidak berlaku kesesakan yang teruk walaupun kereta bergerak agak perlahan,” kata Dwi Soejatmoko yang melakukan perjalanan sejauh 550 kilometer dari Jakarta ke Yogyakarta.
Kebanyakan penduduk turut memilih pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Mudik menjelang akhir Ramadan itu kebiasaannya menyebabkan kesesakan luar biasa dan kemalangan maut. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!