Sanggup berhenti kerja jaga ibu bapa sakit

Muhammad Razmi Firdaus (belakang) bersama ibu bapanya yang diserang angin ahnar di rumah mereka di Perumahan Awam Labis, Segamat.
Muhammad Razmi Firdaus (belakang) bersama ibu bapanya yang diserang angin ahnar di rumah mereka di Perumahan Awam Labis, Segamat.
A
A
A

LABIS - Seorang anak sanggup berhenti kerja sejak tiga bulan lalu selepas tahap kesihatan kedua orang tuanya makin merosot dan memerlukan perhatian penuh.

Muhammad Razmi Firdaus, 29, berkata, dia sedia berkorban memandangkan ibunya, Kamisah Mohamed, 50, kini menderita sakit angin ahmar dan bapanya pula Mohd Zaid Awang, 52, menghidap penyakit kencing manis.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai kelindan lori. Kalau keluar bekerja saya terpaksa tinggalkan mereka, tapi masa tu ayah masih boleh bergerak dengan kerusi roda untuk urus diri sendiri dan bantu ibu, ibu sakit angin ahmar dah tujuh tahun.

“Tapi sejak tiga bulan lalu, tahap kesihatan ayah pula makin merosot, beberapa jari kakinya terpaksa dipotong akibat kuman.

“Sebab itu saya terpaksa ambil keputusan untuk berhenti kerja, siapa nak lagi nak uruskan keperluan mereka berdua,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Perumahan Awam Labis, di sini.

Dia yang merupakan anak sulung itu berkata, dia tidak mengharapkan bantuan daripada dua lagi adiknya yang masih bujang dan tinggal berasingan kerana kedua-dua mereka hanya bekerja sebagai buruh dan pendapatan terhad.

Menurutnya, mereka tiga beranak ketika ini hanya mampu bergantung kepada pendapatan pencen ilat ibunya berjumlah RM600 serta bantuan untuk bapanya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM200 termasuk Baitumal RM300 setiap bulan.

“Jumlah yang diterima memang tidak mencukupi untuk menampung kos ubat-ubatan serta rawatan ayah dan ibu setiap bulan di Hospital Segamat yang mencecah RM700 sebulan.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu mereka terpaksa bergilir-gilir guna kerusi roda yang saya pinjam dari saudara untuk bergerak kerana saya tidak mampu belikan mereka kerusi ini,” katanya.

Tambahnya, Aidilfitri kali ini juga disambut secara bersederhana dan tiada persiapan berlebihan kerana perlu berjimat-cermat dengan bantuan yang diterima.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!