Agihan zakat oleh pemimpin bukan Islam jejas imej ZPP

Gambar pengagihan zakat oleh wakil rakyat bukan Islam yang tular di media sosial.
Gambar pengagihan zakat oleh wakil rakyat bukan Islam yang tular di media sosial.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pemuda UMNO Nibong Tebal bimbang isu penyerahan zakat oleh pemimpin dan wakil rakyat bukan Islam akan meninggalkan imej tidak baik kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Ketuanya, Mohd Norhiesam Ismail berkata, ZPP sebelum ini mempunyai reputasi yang baik dan merupakan institusi terbesar dalam membuat kutipan dan agihan zakat di negeri ini serta mempunyai rekod yang cemerlang sebelum ini.

Namun sejak isu ini menjadi tular, pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh orang ramai termasuk komen masyarakat yang sudah mula hilang kepercayaan kepada institusi pengurusan zakat berkebaan.

Lebih parah lagi, terdapat juga umat Islam yang melahirkan rasa kesal dan ingin mencari alternatif lain bagi mengelakkan pembayaran zakat melalui ZPP kerana bimbang dengan cara pengagihan yang dilakukan oleh pemimpin bukan Islam di negeri ini.

"Walaupun sebelum ini Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor telah memberikan pandangannya mengenai isu ini dan kami dengan rendah hati menerimanya namun kami tidak berganjak dengan pendirian bahawa biarlah urusan zakat yang menjadi milik umat Islam diuruskan sendiri oleh orang Islam sepenuhnya.

"Kepada pemimpin dan wakil rakyat DAP yang bukan beragama Islam berhentilah menggunakan Zakat sebagai agenda kepentingan politik. Dengarlah pandangan dan rungutan rakyat dan umat Islam di bawah ini selain jangan cuba campuri urusan hal ehwal umat Islam," katanya ketika dihubungi.

Gambar pengagihan zakat oleh wakil rakyat bukan Islam yang tular di media sosial.
Gambar pengagihan zakat oleh wakil rakyat bukan Islam yang tular di media sosial.

Sebelum ini tular di laman sosial gambar beberapa pemimpin dan wakil rakyat bukan beragama Islam yang dilihat menyampaikan sumbangan kit zakat kepada asnaf.

Artikel Berkaitan:

Wakil rakyat yang dimaksudkan ialah ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit ; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan terbaru gambar Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto yang menyampaikan kit bantuan zakat di dalam ruang solat sebuah masjid.

Mohd Norhiesam berkata, walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak namun pemimpin DAP di negeri ini seperti tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku tentang isu ini.

Katanya, tindakan mereka jelas menjadikan agihan zakat ini untuk agenda dan kepentingan politik busuk mereka serta tidak menghormati institusi Islam khususnya tentang zakat.

"Kami curiga mungkin ada sesiapa di belakang mereka (wakil rakyat bukan Islam) yang memberi lampu hijau atau merestui perbuatan mereka ini kerana walaupun perkara ini telah mendapat kecaman pelbagai pihak sebelum ini namun ia terus berlaku.

"Setakat ini kita belum mendengar maklum balas mengenai isu ini daripada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim sedangkan ZPP dibawah pengurusannya," katanya.

Mohd Norhiesam berkata, Abdul Malik perlu memberikan reaksinya dan seterusnya memberi jaminan agar perkara seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Agih zakat: ZPP, MAINPP perlu ambil tindakan tegas

''Harta ibadah' wajar diagih pemimpin ahli ibadah juga'

Agihan zakat: Tak perlu politikkan isu pemimpin bukan Islam

'Henti segera agihan sumbangan zakat oleh wakil rakyat bukan Islam'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!