Iklan raya TNB ditonton 19 juta kali!

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) tahun ini berjaya mencuit hati netizen dengan hampir 19 juta tontonan setakat ini di pelbagai platform media sosial sejak pelancarannya 23 Mei lalu.

Bertajuk 'Konvoi Epik Fantastik', ia memaparkan telatah Nabila dan keluarga besarnya berkonvoi sehari suntuk menyambut raya ke 10 rumah adik-beradik Tok Wannya.

Sepanjang perjalanan itu, dipaparkan pelbagai babak lucu, dramatik serta mencuit nostalgia mereka yang pulang ke kampung meraikan Syawal.

No Image Caption

Berdurasi lebih empat minit, iklan raya TNB kali ini memaparkan pemandangan indah negeri Perlis sepanjang perjalanan konvoi keluarga Nabila beraya.

Ia turut menonjolkan tradisi kunjung mengunjungi sebagai usaha memanjangkan silaturrahim dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kita.

Di media sosial, iklan ini turut menerima pujian netizen pelbagai bangsa yang terhibur dengan keletah Nabila dan keluarganya.

Antaranya ialah Hadri Rahim Al-Cherasi yang memuji penggunaan warna kereta melambangkan warna bendera Malaysia.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mohd Farhan pula berkata, dia sentiasa menanti iklan TNB setiap tahun dan memberikan 10 bintang kepada TNB.

Ben Teh Kang Thai menulis, "This is so good!", sementara pengguna Twitter @f_nsrn mengatakan iklan TNB tidak pernah mengecewakan.

Sila layari www.youtube.com/tenagaofficial untuk menonton di sebalik tabir pembikinan iklan raya TNB 2019, #KonvoiEpikFantastik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!